Penyandang juara dua edisi terakhir, Vietnam, mahu mengggunakan Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 sebagai medan mengasah kematangan pemain muda.
Walaupun membawa reputasi jaguh remaja rantau ini sejak empat tahun lalu, Kim Sang-sik memilih untuk berhati-hati agar tidak menambah beban pemain-pemainnya, sebaliknya menuntut anak buahnya supaya memberi tumpuan kepada aspek permainan.
"Saya menggalakkan pemain agar melihat kejohanan ini sebagai peluang untuk berkembang dan berkembang, bukannya semata-mata menyasarkan pencapaian. Pada pendapat saya, keputusan perlawanan secara semula jadinya akan menjadi asas kepada proses itu.
"Kejohanan ini bukan sekadar untuk bersaing merebut kejuaraan.
"Ia membolehkan kami menilai keupayaan setiap pemain dan menggunakan kombinasi berbeza bagi meningkatkan kesepaduan taktikal kami.
"Bagi pemain muda, ini juga sati peluang berharga untuk mendapatkan pengalaman perlawanan antarabangsa."
Bahkan, pengendali dari Korea Selatan berusia 48 tahun itu juga menegaskan Thailand dan Indonesia sebagai penghalang utama mereka untuk mencetak hatrik kejuaraan di Stadium Gelora Bung Karno kelak.
“Daripada apa yang saya tahu dan perhatikan, Thailand dan Indonesia sentiasa menjadi pencabar yang kuat,” katanya.
"Thailand menyerlah dengan teknik dan organisasi yang mantap, manakala Indonesia mengagumkan menerusi kekuatan fizikal dan kepantasan mereka.
"Perlawanan menentang kedua-dua pasukan ini sentiasa sengit dan kompetitif, jadi kami perlu membuat persediaan rapi."