Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Ini tentang harga diri -- Indonesia siap bantai Malaysia sampai lunyai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indon.jpg
Meskipun selangkah untuk ke separuh akhir, Indonesia tetap memburu kemenangan menentang Harimau Muda dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Skuad kendalian Gerald Vanenburg perlu perlu menang atau seri bertemu Malaysia, namun tersingkir daripada kejohanan andai tewas dengan keputusan lebih daripada dua jaringan.

"Saya hanya mahu menunjukkan permainan saya dan saya tidak mahu tahu bagaimana kedudukan kami.

"Kami hanya perlu menang perlawanan seterusnya dan hanya itulah cara sepatutnya untuk kami berfikir," katanya.

 
@menteribola

 

♬ suara asli - Bagus | Menteri Bola ⚽


Kelab penyokong, La Grande Indonesia, juga menuntut perkara serupa kerana pertembungan dua negara itu bukan sekadar aksi biasa, malah perseteruan tradisi yang sudah lama terjadi lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.

"Ini semua tentang harga diri," kata mereka. 

Difahamkan, gelanggang keramat Sang Garuda itu bakal dipenuhi ekoran tiket sudah habis terjual bagi menyaksikan pertemuan berdepan Malaysia. 

Sementara itu, pasukan bimbingan Nafuzi Zain menghadapi misi hidup mati untuk menewaskan tuan rumah untuk mara ke pusingan seterusnya susulan tewas mengejut kepada Filipina dalam aksi pembukaan. 

Tiada yang mustahil memandangkan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara wajib menang dengan keputusan terbaik untuk menghiasi perebutan selaku juara kumpulan mahupun tempat kedua terbaik daripada tiga kumpulan demi ke separuh akhir harus diberi tumpuan.

Berdasarkan rekod pertemuan, Malaysia mengugguli dengan 11 kemenangan dan mencatatkan 8 kekalahan bertemu Indonesia, sebelum ini.

SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA

Saksikan aksi ini secara langsung di Astro Arena bermula jam 8.30 malam ini (Isnin).

Tarikh: 21/7/2025 (Isnin)
Saluran: Astro Arena Bola CH803,Live Streaming di Astro GO & sooka
Venue: Stadium Gelora Bung Karno (GBK)
Masa: Bermula 8.30 malam

Advertisement

Must Watch Video