Tiket sudah habis terjual menandakan peminat kedua-dua pasukan sangat menantikan perlawanan tumpuan itu di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Tidak mahu insiden lama berulang, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu memastikan aksi berjalan lancar, sebelum, semasa dan selepas kerana melibatkan perseteruan tradisi antara dua negara di Asia Tenggara itu.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, memberi keyakinan apabila skuad negara akan menerima jaminan keselamatan daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengharungi Kejohanan Piala Mandiri ASEAN bawah 23 tahun (B-23).
"FAM juga sudah membuat persiapan rapi dengan PSSI untuk bekerjasama bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan baik memandangkan kita diundi dalam satu kumpulan pada edisi kali ini.
"Namun, pasukan kita juga sudah mendapat jaminan keselamatan sepanjang berada di sana nanti," katanya kepada media tempatan.
Harimau Muda diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina dan Brunei, sementara Indonesia sebagai tuan rumah menjadi halangan terakhir untuk mara ke peringkat seterusnya.
Untuk rekod, skuad kendalian Nafuzi Zain itu tidak pernah memenangi pertandingan itu, namun pencapaian terbaik adala menduduki tempat keempat pada 2023.

@sepakbolaindonesia.talks #sepakbola #bola #fyp #indonesia #timnas #belanda #petrikkluifert #alexpastoor #fypage #eriktohir ♬ suara asli - BolacomID