"Usah jadikan pertemuan menentang Kedah sebagai aksi terakhir musim ini!", itu pesanan jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah kepada anak buahnya yang mahu The Red Warriors keluar sebagai pemenang dalam pertemuan terakhir Kumpulan C itu untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Berbanding beberapa pasukan lain, perjuangan Kelantan dalam Piala Malaysia masih bernyawa walaupun muncul pasukan terakhir mengesahkan tempat dalam kempen musim ini.
Dengan nasib mereka akan ditentukan dalam aksi terakhir kumpulan, kemampuan The Red Warriors untuk menghadirkan saingan bersama pasukan handalan sememangnya di luar jangkaan.
Namun, Yusri enggan perjuangan anak buahnya itu terhenti esok sebaliknya berterusan tanpa memikirkan apa jua keputusan perlawanan antara MISC-MIFA dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Saya mengharapkan persembahan terbaik daripada Kelantan bagi menentukan musim berakhir pada esok ataupun sebaliknya," kata Yusri.
Skuad Kelantan melakukan persiapan terakhir hari ini dengan Yusri tampak memberi penekanan untuk merencana strategi ampuh jentera serangan.
Ini susulan kegagalan penyerangnya beraksi baik dalam lima perlawanan terdahulu setelah hanya mampu menghasilkan satu gol.
"Saya cuba memberika nasihat serta semangat kepada pemain-pemain supaya memberikan persembahan yang terbaik dalam tempoh 90 minit dalam usaha mencari kemenangan."