Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Irfan Zakaria, menyifatkan tiada istilah laluan mudah meskipun bakal berdepan pasukan bukan pilihan, PDRM FC dalam aksi pusingan pertama Piala Malaysia 2022 27 Oktober ini.
Skuad The City Boys memerlukan persiapan lebih rapi apabila bakal beraksi perlawanan pertama Piala Malaysia, empat hari selepas aksi final Piala AFC berdepan kelab dari Oman, Al-Seeb.
Tambah Irfan, format baru kejohanan tertua musim ini juga memberi impak dan menjadikan saingan lebih terbuka kepada mana-mana pasukan.
"Mungkin terdapat strategi yang ditetapkan oleh jurulatih Bojan Hodak menjelang menghadapi saingan Piala Malaysia. Semua pasukan memiliki peluang ke peringkat seterusnya. Bagi KL City, kami akan menghadapi perlawanan demi perlawanan," kata Irfan.