Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Selangor ke suku akhir di bawah prestasi sebenar -- Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-piala-malaysia.jpg
Juara 33 kali, Selangor FC, beraksi di bawah prestasi sebenar ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United dalam perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Itu kesimpulan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, selepas jaringan sendiri Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam waktu kecederaan separuh masa kedua mengesahkan kemaraan pasukan pilihan itu ke suku akhir.

“Sebagai jurulatih sememangnya saya tidak berpuas hati kerana terlalu banyak kelemahan yang cukup ketara dilakukan pemain. Ini jelas apabila percubaan tidak ke gawang lawan selain hantaran kepada rakan sepasukan juga tidak tepat.

“Saya harap perlawanan ini menjadi pengajaran kepada pemain Selangor untuk lebih fokus sepanjang 90 minit dalam perlawanan seterusnya,” katanya selepas perlawanan itu.

Selangor layak ke peringkat suku akhir dengan agregat 3-0, sekali gus mengesahkan pertemuan dengan Negeri Sembilan FC.

Dalam masa sama, bekas pengendali Harimau Malaya itu mengakui Negeri Sembilan, yang akan ditemui mereka di peringkat suku akhir, merupakan pasukan yang cukup berpengalaman.

“Saya percaya pemain mengetahui kelemahan masing-masing dalam perlawanan ini dan akan memperbaikinya menjelang suku akhir.

“Kemungkinan pemain berada dalam zon selesa selain kita dapat lihat beberapa peluang terhidang gagal yang diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan mereka,” katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video