Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Malaysia: Selangor dalam persiapan terbaik mulakan kempen

selangor-fc.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, yakin pasukannya sedang berada dalam keadaan terbaik sebagai persiapan menjelang perlawanan pertama Piala Malaysia pada Rabu ini.

Selangor akan membuka kempen dengan berdepan Kelantan United di Kota Bharu dalam pertemuan pertama pusingan 16.

Format edisi kali ini agak berbeza memandangkan ia menggunakan format kalah mati tanpa saingan peringkat kumpulan.

Justeru, persiapan terbaik diperlukan setiap pasukan untuk meneruskan kemaraan dan pasukan besar pula perlu mengelak daripada dikejutkan pasukan yang lebih kerdil.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi, Cheng Hoe berkata: "Sepanjang seminggu latihan, suasananya amat baik, di mana pemain-pemain berada dalam motivasi terbaik bagi menghadapi Piala Malaysia.

"Walaupun formatnya agak berbeza, pemain tetap fokus dan bermotivasi untuk kempen kali ini.

"Bagi perlawanan menentang Kelantan United, Alex (Agyarkwa) tidak dapat bersama kami kerana dia sudah seminggu tidak sihat dan bandannya masih lemah.

"Shahrul Nazeem (Zulpakar) pula tidak dapat bersama kami kerana mendapat kad merah dalam perlawanan terakhir menentang Penang.

"Ia merupakan satu kekurangan buat pasukan kami kerana Shahrul Nazeem bermain dengan amat baik sepanjang empat perlawanan terakhir ini," katanya.

*Kredit foto: Selangor FC


 

Advertisement

Must Watch Video