Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Sean Selvaraj beri kelebihan tipis buat Negeri Sembilan FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sean-selvaraj.jpg
KELANTAN UNITED 0 NEGERI SEMBILAN 1 

Tandukan Sean Selvaraj memberi Negeri Sembilan FC kelebihan tipis dalam pusingan 16, Piala Malaysia ketika menundukkan Kelantan United 1-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, sebentar tadi. 


Bagaikamanapun, skuad Kijang Hijau tidak mudah mengalah dan hampir-hampir menyamakan kedudukan ketika babak pertama berbaki tiga minit lagi tetapi percubaan Faiz Nasir tersasar.

 
Giliran Syazwan Zainon pula untuk mencuba nasib dalam pemburuan gol penyamaan buat Kelantan United selepas rehat, namun penjaga gol skuad Jang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman sempat melayangkan badan untuk menyelamatkan ancaman ke arah pintu golnya.

Anak buah Ailton Silva itu masih belum putus asa malah pada minit-minit terakhir perlawanan, percubaan OJ Porteria masih belum mampu menggugat gawang lawan untuk pelawat pulang dengan bekalan 1-0 menjelang aksi timbal balik di Paroi, 20 Ogos depan.



 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video