Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Pertembungan Selangor, JDT jadi tumpuan

piala-malaysia.jpg
Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor, berdepan laluan berliku dalam saingan peringkat kumpulan apabila diletakkan bersama gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT), sementara Kedah bakal memulakan misi mempertahankan kejuaraan berdepan Kelantan dalam undian Piala Malaysia, malam ini.

Selangor dan JDT membarisi Kumpulan D yang turut disertai Sarawak dan Terengganu yang diibaratkan sebagai kumpulan maut, dengan Kedah mengisi Kumpulan C bersama Kelantan, Melaka United dan UiTM FC.

Kedah -- yang bakal diterajui pengendali baharu, Nidzam Adzha Yusoff -- hampir pasti turun dengan niat memastikan Piala Malaysia kekal di Alor Setar selepas menewaskan Selangor di Shah Alam, Oktober tahun lalu.

Selangor -- yang tewas menerusi penentuan sepakan penalti tahun lalu -- pastinya bertekad melupakan kekecewaan lalu, namun perlu berdepan JDT yang ketika ini sedang mendahului saingan Liga Super. 

Sementara itu, Pahang -- juara edisi 1983, 1992, 2013, 2014 -- diundi bersama-sama T-Team, Negeri Sembilan dan pendatang baharu, PKNP FC, dalam Kumpulan A.

Perak pula mengisi Kumpulan B bersama-sama Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur.

Berikut undian peringkat kumpulan Piala Malaysia:

Kumpulan A
Pahang
T-Team 
N. Sembilan
PKNP FC 

Kumpulan B
Perak
Felda United
PKNS FC
Kuala Lumpur

Kumpulan C
Kedah
Kelantan 
Melaka United
UITM FC

Kumpulan D
JDT
Selangor
Sarawak
Terengganu


 

Advertisement

Must Watch Video