Saingan Piala Malaysia musim ini menyaksikan undian seimbang buat setiap pasukan, namun pemerhati bola sepak meramalkan saingan sengit buat Kumpulan D membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Sarawak dan Terengganu.
Piala Malaysia adalah salah satu saingan yang masih belum dimenangi JDT walaupun kelab itu sudah meraih pelbagai kejuaraan sejak 2014.
Faktor itu membuatkan pemerhati percaya bahawa Piala Malaysia juga akan menjadi sasaran utama buat Harimau Selatan musim ini.
"Saya berpendapat Piala Malaysia akan menjadi sasaran buat JDT musim ini selepas gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA," kata pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri.
Juara bertahan Kedah, serta naib juara Piala FA, Pahang, dijangka tidak berdepan kesukaran melepasi saingan Kumpulan A dan C.
Naib juara Piala Malaysia musim lalu dan juara 2015, Selangor, yang berada sekumpulan dengan JDT turut dijangka memberi saingan dengan kembalinya Amri Yahyah dan Andik Vermansyah bersama pasukan itu.
Tambah Asmawi, "Kehadiran Amri dan Andik mampu mempertingkatkan mutu permainan Selangor dalam baki saingan musim ini, maka tidak mustahil buat mereka sekali lagi mampu menjuarai Piala Malaysia musim ini."
"Saingan dalam setiap kumpulan adalah seimbang, kami harus sentiasa berwaspada dengan ancaman dalam saingan Piala Malaysia. Mana-mana pasukan yang beraksi mampu melakukan kejutan," kata ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan.
"Ini merupakan kali ketiga PKNS mara ke peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia. Seperti biasa, kami akan berusaha untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya," kata ketua jurulatih PKNS FC, E. Elavarasan.