Kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue, menjangkakan tugas berat menanti pasukannya apabila melayani kunjungan Terengganu FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Cheras hujung minggu ini.
Bagaimanapun, pemain tengah itu percaya skuad Warga Kota berkenaan mampu membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Gong Badak pada 12 November ini.
Tonggak berusia 33 tahun itu sedar cabaran yang akan dilalui mereka untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi musim lalu berdasarkan prestasi semasa Terengganu, yang mempunyai pemain sayap lincah seperti Faisal Halim dan Faiz Nasir.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi, dia berkata: "Dalam beberapa hari ini, kami hanya berehat selepas perlawanan lalu tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan Terengganu.
"Kami berharap dapat mempamerkan permainan yang baik kerana kami sedar ia satu perlawanan sukar.
"Mereka sedang melalui waktu terbaik, mereka memenangi hampir kesemua perlawanan, jadi sudah pasti mereka mempunyai pemain yang baik terutama di bahagian serangan.
"Saya fikir pemain sayap mereka amat baik dengan adanya Faisal Halim dan Faiz Nasir.
"Mereka pemain yang baik dan amat laju untuk melakukan gerakan dan sudah pasti mereka akan memberikan masalah buat kami.
"Tetapi jurulatih kami akan mempersiapkan segala perancangan untuk menghalang pemain seperti ini dan jika boleh, kami mahu keputusan yang baik buat KL City untuk meneruskan kemaraan," katanya.