Pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berteka-teki mengenai kedudukan kelab itu pada saingan Liga Malaysia musim depan dengan alasan tidak mahu mengganggu fokus pemain yang sedang mengharungi saingan Piala Malaysia.
Sumber tidak rasmi mengatakan keutamaan kerajaan negeri hanya kepada Selangor manakala Selangor United bertindak kelab sokongan, musim depan.
Jika benar ia terjadi, maka PKNS hampir pasti tidak lagi wujud dalam jadual Liga Malaysia 2019 namun pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin, tidak mahu memanjangkan isu berkenaan demi menjaga moral pemain.
Sebaliknya, beliau hanya memberikan pengesahan pkns tetap kekal bersaing musim depan cuma mungkin dalam situasi berbeza.
"Ini adalah satu perkara yang telah dijangkakan. Kami berharap perkara tidak dipanjangkan kerana mampu mengganggu barisan pemain dan staf kejurulatihan menjelang penamat musim ini," kata Mahfizul.
Mengenai aksi terakhir Kumpulan B berdepan PDRM di Shah Alam, Mahfizul mahu pemain fokus mengintai kemenangan tanpa fikir slot juara atau naib juara.
Dia juga menafikan PKNS akan pilih bertemu Perak di suku akhir ekoran rekod pertemuan memihak mereka yang belum tewas dalam empat perlawanan musim ini.
"Rekod bukanlah penentu kempen musim ini. Bagaimanapun, saingan Piala Malaysia penuh dengan kejutan dan Perak adalah pasukan yang berkualiti."
Imej: Asiana