Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Magis Ivan Mamut bawa Terengganu ke final

terengganu-12.jpg
Terengganu FC memastikan tempat ke pentas final Piala Malaysia susulan kejayaan mengatasi KL City FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan, sebentar tadi.

Selepas mendahului dengan satu jaringan di separuh masa menerusi gol Ivan Mamut, skuad bimbingan Tomislav Steinbrucker terus mengasak kubu pertahanan awal sejak permulaan separuh masa kedua. 

Bagaimanapun, KL City berjaya mengikat jaringan menerusi gol Romel Morales.

Dalam usaha anak buah Nenad Bacina mencari gol yang mampu mengikat kedudukan agregat, mereka dihukum dengan kualiti penyerang kelahiran Croatia skuad Peteh sekali lagi, tenang mengawal bola di luar kotak penalti, sebelum melepaskan rembatan melencong untuk menewaskan Kevin Ray Mendoza untuk memastikan Terengganu kembali memimpin perlawanan.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan, Terengganu bakal berentap dengan JDT di final susulan kemenangan agregat 4-2 di laman sendiri.

Advertisement

Must Watch Video