Pasukan Kuala Lumpur seperti sebuah skuad tempang untuk menghadapi Perak dalam aksi Kumpulan A, Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang, Sabtu ini, apabila kehilangan tujuh pemain utama, termasuk tonggak import, Paulo Josue.
Pemangku jurulatih, Chong Yee Fat, dalam situasi terdesak ekoran tidak mempunyai pemain mencukupi sehingga terpaksa memanggil tiga pemain skuad Piala Presiden mereka.
Dia kini hanya berharap ada beberapa pemain terbabit, termasuk Josue dan Saifulnizam Miswan, sempat pulih sehari sebelum berangkat ke Pulau Pinang.
Sebarang kekalahan tidak boleh lagi diterima oleh Kuala Lumpur yang bakal menyaksikan mereka semakin tersingkir daripada saingan.
"Kami perlu menggunakan khidmat sesiapa sahaja yang ada.
"Dalam masa sama, semua pemain tahu tempat mereka bukanlah tidak boleh digugat.
"Kami tahu situasi kami, kami perlu mencari mata di sana," kata Yee Fatt.
Sementara itu, pemain pertahanan Kuala Lumpur, Hisyamuddin Shaari, bagaimanapun, sanggup melakukan pengorbanan besar demi pasukan.
Walaupun isterinya masih ditahan di hospital ekoran kandungan anaknya berdepan masalah, Hisyamuddin memahami situasi pasukan yang amat memerlukan khidmatnya.
"Ini pengorbanan saya untuk keluarga. Pada saat ini, seorang isteri memerlukan suaminya manakala pasukan pula memerlukan khidmat saya bagi menghidupkan peluang dalam Piala Malaysia.
"Saya telah mendapatkan izin daripada isteri untuk beraksi dalam pertemuan dengan Perak," katanya.