TFC 2 KUALA LUMPUR 3
Dua gol pemain import, Guilherme De Paula dan satu daripada Paulo Josue memastikan Kuala Lumpur menamatkan saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 3-2 ke atas Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Tonggak tuan rumah, Lee Tuck, begitupun terlebih dahulu mencemaskan Kuala Lumpur dengan usaha seawal minit pertama sebelum dikejutkan jaringan pembukaan pasukan pelawat.
Pemain sayap, Ashri Chuchu, memasuki kotak penalti TFC dan membuat hantaran leret dari sebelah kiri untuk disudahkan dengan mudah Guilherme De Paula pada minit kelima.
TFC memperkemaskan rentak menggandakan serangan menyaksikan tandukan kapten, Kipre Tchetche, pada minit keenam sekadar tinggi melepasi pintu gol Kuala Lumpur.
Merehatkan beberapa pemain utama, TFC melancarkan serangan dari sebelah kanan namun dua percubaan Do Dong-hyun pada minit ke-15 dan 26 mengenai palang gol lawan.
Dong-hyun tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-33 menerusi gerakan sama dari sebelah kanan dan melakukan rembatan kaki kiri menewaskan Sharbinee Allawee.
Dua minit kemudian TFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Fazirhikwan Mat Rani dibuang padang dan sepakan percuma diambil Paulo Josue berjaya menerjah jaring buat kali kedua.
Kedudukan berubah lagi selepas rehat apabila Mohd Shahrul Aizad menyambar sepakan percuma Lee Tuck pada minit ke-64 dan perlawanan seolah-olah berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.
Kelekaan barisan pertahanan TFC dihukum Guilherme (m-87) yang menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga pasukannya sebelum mereka turut kekurangan seorang pemain gara-gara layangan kad kuning kedua ke atas Mohamad Hisyamudin Sha'ari.
Kekalahan itu tidak menghalang TFC bergelar juara Kumpulan A selepas Perak turut tumpas 1-2 kepada Felcra FC sekaligus bertemu naib juara Kumpulan B, Felda United di suku akhir manakala Perak berdepan PKNS.
Keputusan lain:
FELCRA 2 PERAK 1
MELAKA 6 FELDA 1
PKNS 5 PDRM 0