BOLA SEPAK
Piala Malaysia: KL City buru bekalan selesa
Menjelang perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kuala Lumpur City menentang Trengganu Sabtu ini, ketua jurulatih, Nenad Bacina, mengakui sukar untuk mendapatkan semula momentum terbaik buat pasukan bimbingannya.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama ini KL City perlu fokus lebih daripada 100 peratus untuk memastikan bekalan selesa bagi pertemuan kedua di laman Terengganu awal bulan depan.
"Selepas berehat panjang, ia sentiasa sukar memastikan momentum pasukan di tahap terbaik," katanya menerusi Nadi Arena.
Iklan
"Buat masa ini, semuanya berjalan dengan lancar, jadi menghadapi perlawanan ini, kami akan cuba melakukan yang terbaik sebelum perlawanan timbal balik, namun bola sepak sukar ditentukan sebelum perlawanan bermula."
Sementara itu, kapten pasukan, Paulo Josue, tidak memandang rendah kekuatan Terengganu dan berharap rakan sepasukan mampu berikan aksi terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.
"Mereka bermain cemerlang dalam perlawanan terdahulu. Terengganu berjaya mengatasi Selangor, pasukan kedua selepas JDT sentiasa menghadirkan kesukaran buat kami," kata Josue.
"Mereka berada di tahap terbaik dan kami sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik."
Must-Watch Video