'Kami ada masalah tapi saya tidak boleh cakap', itu kata-kata jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan, mahu peminat memahami situasi pasukan itu yang berdepan tugas lebih sukar dengan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia.
Negeri Sembilan menewaskan Kelantan United menerusi agregat 5-2 selepas cemerlang merakam keputusan 4-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 akhir di laman sendiri semalam.
Dalam aksi yang berlangsung di Paroi, Negeri Sembilan, yang memperoleh jaringan menerusi OJ Porteria, R. Barathkumar, Hein Htet Aung, dan Youssef Ezzejjari untuk mara ke suku akhir.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan akan menghadapi pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim FC (JDT), bagi dua aksi penentuan ke separuh akhir bulan depan.
"Penyokong menunjukkan perasaan kurang berpuas hati selepas kami dibolosi jaringan, semua harus memahami pasukan berdepan masalah namun ia tidak boleh dijelaskan di sini," kata Devan.
"Bagaimanapun, pemain-pemain tetap cuba memberikan yang terbaik setiap turun ke gelanggang."