Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: JDT mara bergaya ke separuh akhir atasi Negeri Sembilan

jdt.jpg
JOHOR DARUL TA'ZIM FC 4 NEGERI SEMBILAN FC 1
(JDT ke separuh akhir dengan agregat 7-1)


Johor Darul Ta'zim FC (JDT) mara bergaya ke suku akhir Piala Malaysia dengan kemenangan agregat 7-1 selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Berbekalkan kemenangan 3-0 di Paroi minggu lalu, tiada tanda-tanda Harimau Selatan akan mengambil mudah pertemuan kali ini dan mereka hanya memerlukan enam minit untuk merobek gawang Firdaus Irman Mohd Fadhil.

Penyerang utama, Bergson da Silva, menanduk masuk golnya yang ke-100 sepanjang menyarung jersi JDT selepas menerima lambungan gemilang Juan Muniz untuk meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan.

Bergson tidak berhenti setakat itu, dia kemudian menggandakan kelebihan Harimau Selatan berselang lima minit, juga menerusi tandukan yang tercetus daripada sepakan percuma Juan Muniz.

Selepas dua bantuan jaringan berkenaan, giliran Juan Muniz memahat namanya selaku penjaring JDT dengan merembat kencang sepakan percuma jarak jauh pada minit ke-29.

Negeri Sembilan, bagaimanapun, berhasil merapatkan jurang pada minit ke-40 menerusi jaringan Zamri Pin Ramli tetapi gol licik Fernando Forestieri pada peghujung perlawanan memastikan kemaraan penuh bergaya JDT ke separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video