Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: JDT bangkit daripada ketinggalan sebelum bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

JDT sekali lagi hadir ke pentas final selepas tewas dalam edisi terdahulu kepada KL City memasang hajat untuk melengkapkan tiga kejuaraan selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Bertemu Selangor, yang mempamerkan prestasi cemerlang sejak Datuk Tan Cheng Hoe mengambil alih pasukan selaku ketua jurulatih, JDT berdepan tekanan dengan corak permainan agresif sejak permulaan permainan.

Deretan peluang demi peluang dihasilkan Gergasi Merah namun mereka gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

Gol pembukaan hadir menerusi Herlison Caion, memperoleh sepakan penalti selepas dijatuhkan pertahanan JDT.

JDT bagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan penyamaan menerusi Bergson da Silva, yang menemui hantaran silang Arif Aiman Hanapi.

Perubahan taktikal yang dilakukan JDT membuahkan hasil apabila Fernando Forestieri menggunakan kelebihan atas kegagalan Selangor mengeluarkan bola daripada zon bahaya meledak jaringan pada minit ke-68.

Mendahului perlawanan, JDT bijak mengawal permainan sekaligus memastikan gelaran Piala Malaysia kembali menjadi milik mereka.

Ia menjadi penamat indah buat skuad Harimau Selatan apabila menyapu bersih kesemua gelaran yang dipertandingkan bagi musim ini.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

warning-logo Tiada jadual tersedia pada masa kini

Must Watch Video