Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Hodak akui pemain KL City sudah mula lesu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojan-hodak-kl-city-piala-malaysia.jpg
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, mengakui barisan pemainnya sudah mula lesu disebabkan jadual padat sepanjang musim ini.

Turun beraksi dalam perlawanan kompetitif ke-33 musim ini, KL City, yang merupakan naib juara Piala AFC, meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC dalam perlawanan pusingan 16 kedua Piala Malaysia di Cheras semalam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Warga Kota berkenaan layak ke suku akhir dengan kelebihan agregat 4-0.

Bagaimanapun, mereka akan berdepan naib juara Liga Super, Terengganu FC, bagi perlawanan suku akhir pertama di Cheras hujung minggu ini.

"Terdapat beberapa pemain yang mengalami kelesuan tetapi saya tidak dapat tunjukkan pemain yang mana," kata Hodak dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Anda dapat lihat beberapa pemain tidak cergas. Kami sudah mengenal pastinya dan ia kerana mereka telah terlalu banyak bermain.

"Apabila anda terlalu banyak bermain, anda tidak dapat beraksi di tahap terbaik sepanjang musim. Tiada siapa dalam dunia dapat melakukannya," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video