Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Devan gusar pemain utama Negeri Sembilan cedera

ngeri-sembilan-vs-kedah-piala-malaysia.jpg
Di sebalik kejayaan mara ke aksi suku akhir Piala Malaysia, wujud rasa gusar di raut wajah ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan.

Dia meluahkan rasa bimbang terhadap proses pemulihan dan tahap kecergasan anak buahnya susulan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

Skuad Jang itu mara ke kelompok lapan pasukan terbaik setelah menang dengan agregat 2-1 biarpun terikat tanpa jaringan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi di Paroi semalam.

Devan memberitahu intensiti tinggi dalam persembahan kedua-dua pasukan mengakibatkan ada pemainnya yang cedera.

"Memang sedikit bimbang dengan tahap kecergasan beberapa pemain susulan kecederaan yang mereka alami dalam aksi malam ini (Selasa).

“Keadaan ini mungkin akan memberi masalah kepada kami dalam persiapan menghadapi Selangor FC dalam suku akhir nanti,” katanya tanpa menamakan pemain berkenaan.

Justeru, dia berharap situasi berkenaan tidak begitu serius dan pemain terbabit dapat pulih menjelang pertembungan dengan Selangor nanti.

“Selepas ini, kami perlu segera membuat persiapan dan melihat sebarang kelemahan bagi menghadapi perlawanan suku akhir pada Ahad ini,” katanya.

Mengulas aksi kedua pusingan awal itu, Devan percaya ia bukan hari yang baik buat pemainnya, terutama Gustavo Dos Santos, yang memiliki peluang terbaik menjaringkan dua gol termasuk menerusi sepakan penalti.

“Gustavo, yang diturunkan alam separuh masa kedua, mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol termasuk menerusi sepakan penalti, tetapi hari ini ternyata bukan harinya.

“Jika jaringan itu dapat dilakukan, mungkin pemain saya tidak perlu bersusah payah sehingga ke penghujung perlawanan.

“Namun begitu, saya tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain dan yang penting mereka berjaya mencipta peluang jaringan selain dapat bertahan dengan baik daripada serangan pasukan Kedah,” katanya lagi.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found