Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Bergson dan Ivan Mamut penentu kejayaan pasukan masing-masing?

ivan-x-bergson.jpg
Kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke 102 di antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC sudah mula terasa apabila media masa dan media sosial mula memainkan peranan mempromosikan perlawanan akhir itu kerana ia merupakan kemuncak pengakhiran Liga Malaysia musim ini.

Sudah tentu kedua-dua pasukan ingin memberikan aksi terbaik dan kualiti tertinggi bagi memastikan peminat-peminat mereka terhibur.

Jika bercerita tentang kualiti pasti peminat-peminat bola sepak tanah air akan berbicara tentang kualiti pemain-pemain Harimau Selatan berbanding ‘The Turtle’ kerana pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa, namun penulis lebih tertarik untuk menceritakan tentang kualiti individu jentera serangan kedua-dua pasukan seperti Bergson da Silva (JDT) dan Ivan Mamut (Terengganu) kerana kedua-kedua mereka ini penentu kejayaan untuk pasukan masing-masing pada perlawanan akhir itu.

Untuk Bergson semua sudah tahu seorang penyerang yang penuh karektor di atas padang berbanding Ivan Mamut namun masing-masing punya kelebihan tersendiri. Bagi Bergson yang menjadi penjaring terbanyak musim lalu (29 jaringan) yang punyai kekuatan dari segi teknik dan fizikal serta keputusan-keputusan yang tepat terutama melakukan rembatan jarak jauh walaupun dalam situasi sempit serta mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencipta kemenangan selain kombinasi yang baik dengan rakan-rakan pasukan terutama bahagian tengah.

Sementara Ivan Mamut pula seorang penyerang yang sedikit berbeza daripada Bergson kerana dari segi penyudah Ivan Mamut agak kurang tajam namun punya kekuatan tersendiri seperti kelajuan serta tandukan selain teknik dan fizikal.

Sekiranya diberikan ruang untuk menyambut hantaran-hantaran lintang Ivan Mamut akan menggunakan ketinggian dan kepantasan untuk menanduk dan menampan bola ke gawang. Dengan 12 jaringan yang berjaya di kumpul setakat musim ini pasti akan memberi sedikit tekanan pada pertahanan Harimau Selatan.

Itulah perbezaan penyerang di antara kedua-dua pemain yang boleh memberi impak dalam perlawanan akhir nanti bagi menentukan pasukan mana yang akan menjulang Piala Malaysia musim ini.

Advertisement

Must Watch Video