Aksi Piala Malaysia di antara Sabah dan Pahang yang sepatutnya berlangsung di Stadium Likas malam ini ditangguhkan ke malam esok.
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil, berkata penangguhan berkenaan adalah atas nasihat daripada kerajaan negeri.
"Selepas mendapat nasihat daripada kerajaan negeri, kami telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan itu ke malam esok di venue serta waktu yang sama.
"Penangguhan itu dibuat bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Padang Merdeka Kota Kinabalu kerana Sabah adalah tuan rumah pada tahun ini," katanya dalam sidang media di pejabat SAFA, hari ini.
Alijus berkata semua penyokong yang telah membeli tiket boleh menggunakannya pada malam esok.
Tambah beliau, penangguhan itu juga telah mendapat persetujuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).