Bekas pemain kebangsaan, Nasir Yusoff, berasakan Piala Malaysia akan kekal sebagai pertandingan yang mempunyai magis tersendiri dan kekal relevan dalam peta bola sepak tempatan.
Dia, yang pernah mendakap trofi itu pada 1985 dan 1991, berkata kejayaan itu kekal menjadi kenangan manisnya sejak menyarung jersi Johor dari 1981 hingga 1994.
Baginya, walaupun Liga Malaysia kini diwarnai Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA, Piala Malaysia sentiasa menghadirkan coretan cerita tersendiri seperti mana yang terpamer di pentas final tahun lalu.
"Saya rasa keperluan dalam Piala Malaysia itu semakin tinggi.
"Permainan semakin meningkat dan berkualiti.
"Ia tidak sama seperti dulu.
"Tetapi saya rasa bola sepak (di Malaysia) sedang berkembang dengan baik," katanya.
Mengenai pasukan pilihan bagi edisi ini, Nasir memilih Perak sebagai pasukan yang akan mempertahankan kejuaraan musim lalu selain melihat Terengganu juga memiliki kemampuan untuk mencipta kejutan.
Namun, secara keseluruhannya, dia berasakan semua pasukan ada peluang sama rata kerana Piala Malaysia berbeza dengan saingan liga.
"Juara bertahan, Perak, sudah pasti akan mencabar dan Terengganu juga akan kekal bersaing.
"Pasukan-pasukan lain juga akan menjadi pencabar di peringkat awal," tambahnya.