Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: PDRM sedia berjuang hadapi JDT

pdrm-fc.jpg
Skuad Sang Saka Biru yang kini menghuni tangga ketujuh Liga Super tidak mahu dibelenggu perasaan gentar berdepan dengan pencabar utama Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.  

Justeru, pemain tengah, Safiee Ahmad, menyifatkan pertembungan yang bakal berlangsung di tempat lawan sememangnya satu tugasan berat.

"Pasukan besar pun tewas lawan JDT. 

"Kami sebagai pemain PDRM akan bagi yang terbaik mengikut strategi yang diterapkan jurulatih. 

"Kalau ada rezeki, kami mahu cari sebiji atau dua gol," katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini. 





Bagaimanapun, selaku pemain penting dalam skuad PDRM, Safiee optimis untuk tetap berjuang hingga tiupan wisel penamat dan meletakkan sasaran utama untuk tidak dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar.

"Sebagai pemain tengah, saya perlu pandu rakan sepasukan. 

"Kalau boleh kami tidak mahu dibolosi. 

"Hubungan akrab dengan jurulatih membuatkan pemain sedia berjuang untuknya," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video