Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Antony sumbat jaringan pertama, bawa United ke pusingan kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_1.jpg
Skuad Manchester United kendalian Erik ten Hag mengatasi Newport dalam pusingan keempat Piala FA awal pagi tadi.

United mendahului dua gol di Rodney Parade apabila Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo di awal permainan.

Bagaimanapun, kelab Liga 2 Sky Bet, Newport, bangkit menerusi jaringan Bryn Morris bagi mengurangkan defisit jaringan dan Will Evans menyamakan kedudukan selepas perlawanan bersambung.

United sekali lagi mempamerkan permainan yang lebih baik menerusi jaringan pertama musim ini daripada Antony dan Rasmus Hojlund bagi memastikan kemenangan 4-2.

United akan berdepan pemenang perlawanan ulangan antara Bristol City dan Nottingham Forest.

 

Advertisement

Must Watch Video