Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala FA: Undian seimbang peringkat suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stuart-ramalingam-ceo-mfl.jpg
Melaka United bakal menjadi batu penghalang buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam memburu trofi Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada 2016 selepas majlis undian hari ini menyaksikan keputusan undian yang rata-rata seimbang. 

JDT pastinya berazam untuk menebuskan semula kedukaan tercicir mata dalam kunjungan Liga Super ke Stadium Jebat, Sabtu lalu, apabila berdepan lawan yang sama pada 23 Julai ini. 

Pemenang pertemuan ini dijadual berdepan dua pasukan bergelut dalam liga, iaitu sama ada Sri Pahang atau Penang yang berentap dalam satu lagi laluan.


Wakil tunggal daripada Liga Perdana, Kuching City, akan melakukan kunjungan separuh akhir ke venue sama ada Terengganu atau Kedah Darul Aman yang bakal bertemu dalam perlawanan tertunda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Rabu ini.


Sementara itu, 'derby' Lembah Klang di antara Selangor dan Kuala Lumpur City menghangatkan lagi pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini, dalam misi merebut tiket bertemu Sabah. 

Tiada perlawanan timbal balik dalam format suku akhir dan separuh akhir musim ini. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video