SABAH 7 KL ROVERS 0

Pasukan Sabah berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir dalam perlawanan Piala FA selepas mudah membenam Kuala Lumpur (KL) Rovers di Stadium Likas, sebentar tadi.


Sebelum menunju ke bilik persalinan, The Rhinos menguasai permainan dengan menghasilkan tiga jaringan sebagai tonik terbaik untuk dibawa ke separuh masa kedua.

Ketua pasukan, Park Taesu, membuka jaringan pada babak kedua aksi pusingan ke-16 itu meskipun KL Rovers sedang mengatur strategi untuk membuat kejutan.

Kedukaan skuad daripada Liga A1 Semi-Pro itu kian berterusan apabila pemain import, Ramon Machado, mencatatkan nama sebagai penjaring hatrik pertama kejohanan sambil Sabah langsung tidak tergugat menerima ancaman daripada pasukan lawan.

Bekas pemain Penang, Jafri Firdaus Chew, terus mencipta nama selaku penjaring di hadapan peminat tempatan dengan meledak jaringan keenam Sabah sekali gus menutupi ruang buat KL Rovers untuk melakar kebangkitan.


Berbaki tiga minit sebelum tamat permainan, gerakan daripada pemain sensasi, Saddil Ramdani, mencetuskan jaringan terakhir perlawanan selepas hantarannya mengenai pemain KL Rovers yang tertampan ke gawang sendiri.