BOLA SEPAK
Piala FA: Tucha akui Kelantan United berdepan halangan berliku
'Cabaran terbesar dalam karier jurulatih saya di Malaysia', itu reaksi bersahaja Tomas Trucha yang dapat membayangkan halangan berliku bakal ditempuhinya menjelang saingan Liga Malaysia 2023.
Bekas pengendali Penang FC itu sibuk merencana program dan taktikal tersendiri, ekoran jadual liga yang menyaksikan mereka beraksi di laman lawan sebahagian besar saingan awal musim.
Dan pasca undian Piala FA yang mempertemukan skuad mereka bersama Sabah FC, ia menjanjikan pertembungan daripada dua corak permainan berbeza.
Iklan
"Kemudian kami akan bertemu mereka dalam pusingan kedua Piala FA, juga di Sabah.
"Piala FA sudah pasti berbeza dengan saingan liga kerana liga merupakan perlumbaan maraton tetapi Piala FA hanya 90 minit.
"Peluangnya terbuka buat kedua-dua pasukan dan kami akan turun selaku pasukan bukan pilihan tetapi saya yakin kami mampu memberikan cabaran dan melakukan kejutan," katanya.
Dalam pada itu, Trucha menyeru sokongan padu pemain ke-12, penyokong fanatik Kelantan United, untuk terus komited hadir untuk perlawanan di tempat lawan memandangkan pertemuan kalah mati Piala FA dijadual berlangsung di bulan Ramadhan.
Must-Watch Video