Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies, berazam mencipta sejarah selaku ketua pasukan termuda menjulang Piala FA.
Jelas Davies, usia bukan penghalang buat dirinya untuk memimpin Pahang meraih gelaran Piala FA buat kali ketiga selepas 2014.
"Mengapa tidak, saya beraksi secara konsisten bersama pasukan sejak tiga tahun lalu dan telah tampil dalam 80 perlawanan bersama pasukan ini.
"Daripada segi pengalaman dan tempoh bermain dengan Pahang, saya tidak melihat mengapa ia tidak boleh dilakukan," ujar pemain pertahanan kanan itu.
Baginya, kejayaan meraih Piala FA cukup penting sebagai kemuncak perubahan pasukan setelah bergelut sepanjang musim lalu.
Biarpun sedikit gementar kerana belum pernah memimpin pasukannya dalam pentas akhir, pemain naturalisasi itu yakin segala-galanya akan lancar buat Pahang meraih trofi sulung, musim ini.
"Agak mengejutkan kami berada di pentas ini jika dibandingkan dengan tahun lepas.
"Tetapi dalam masa yang sama, kami mempunyai sebuah pasukan yang sama sekali berbeza.
"Ramai pemain baru direkrut dan jurulatih kami, Dollah Salleh, telah melaksanakan tugasan yang menakjubkan.
"Saya tidak terkejut dengan pencapaian di peringkat ini berdasarkan kualiti yang ada dalam skuad ini.
"Tiada sebab mengapa kami tidak boleh memenangi perlawanan esok."