Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala FA: Terengganu FC tundukkan Selangor FC, mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganufc.jpg
Terengganu FC berjaya melangkah ke final Piala FA selepas melakar kemenangan ke atas Selangor menerusi penentuan penalti di Stadium Sultan Mizan, sebentar tadi.

Selangor membuka jaringan pada minit ke-24 menerusi Nor Hakim Hassan selepas berjaya menampan masuk hantaran Quentin Cheng.

Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun berjaya untuk menyamakan kedudukan menerusi Faisal Halim, pemain skuad kebangsaan itu memintas hantaran pemain Selangor sebelum menggelecek beberapa pemain sebelum menewaskan penjaga gol, Sam Somerville dari luar kotak penalti pada minit ke-48.

Perlawanan diheret ke masa tambahan dan tiada jaringan bermaksud tiket final hanya akan diperoleh menerusi penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan Yazan Al-Arab menyempurnakan sepakan penalti menghukum skuad kendalian Michael Feictenbeiner tewas penentuan penalti 4-2 sekaligus menyaksikan Terengganu FC bakal bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas final.

Advertisement

Must Watch Video