Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, bersikap rendah diri apabila menganggap skuad Tok Gajah tampil dengan status 'underdog'
bertemu Kedah.
Begitupun, Tengku Muda Pahang tetap mengharapkan anak buah Dollah Salleh mampu menjelmakan corak permainan berprestasi tinggi bagi mengulangi kejayaan tiga tahun lalu.
"Kedah merupakan pasukan yang mantap, mereka telah lama beraksi bersama. Saya melihat Pahang sebagai pasukan 'underdog' dan yakin kami akan memberikan yang terbaik," katanya.
Pahang akan turun dengan misi meraih kejuaraan ketiga Piala FA bertemu Lang Merah, Sabtu ini, selepas memenangi gelaran itu pada 2014 dan 2006.