Selangor mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2025/26.
Meskipun tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan, namun mereka mara secara agregat 6-3 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia 2-25/26 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Selangor agresif mengasak pasukan pelawat dalam awal permainan, namun Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Harith Samsuri pada minit ke-12 untuk mendahului 1-0.
Peluang terbaik The Red Giants hadir menerusi Harry Danish, namun hantaran daripada Willian Lira gagal dinoktahkan untuk jaringan penyamaan.
Selang dua minit kemudian, Jovan Motika berpeluang menggandakan jaringan namun dia terlebih dahulu berada dalam posisi ofsaid.
Begitupun, Javabilaarivin Nyanasegar mengamatkan 7515 penonton yang hadir pada minit ke-27 selepas tadukannya meletakan skuad Jang mendahului 2-0.
Ketika kedua-dua pasukan hampir masuk ke bilik persalinan, rembatan Lira kembali menjarakkan defisit jaringan sekali gus menutup babak pertama dengan keputusan 2-1.
Gelecekan Mio Tsuneyasu yang masuk sebagai pemain gantian menghukum barisan pertahanan Selangor yang leka untuk The Jang selesa mendahului 3-1.
Namun, Faisal Halim membuktikan kredibilitinya selaku penggempur berbisa Gergasi Merah selepas menewaskan Azri Ghani untuk perubahan kedudukan 2-3.
Tiada sebarang penambahan jaringan hingga wisel penamat dan Selangor mengesahkan slot ke separuh akhir dengan kemenangan secara agregat 6-3.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Christophe Gamel akan berdepan Sabah -selepas menewaskan Kelantan TRW dengan agregat 5-2- dalam saingan separuh akhir nanti.
Malah, aksi antara Selangor dan Negeri Sembilan turut dicemari balingan mercun di dalam dan di luar perkarangan stadium MBPJ, selain insiden pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang