PIALA FA
Piala FA: Selangor FC ke suku akhir, Feichtenbeiner tarik nafas lega
Michael Feichtenbeiner mampu menarik nafas lega buat seketika susulan merakamkan kemenangan tipis 1-0 ke atas KL City FC dalam saingan Piala FA di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Merah Kuning mara ke suku akhir dan bakal berdepan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, Sabah FC.
Selangor memasuki perlawanan ini dengan misi wajib menang, susulan melewati persembahan yang kurang cemerlang sebelum ini susulan tewas kepada Melaka United 2-0.
Iklan
Permulaan yang hambar dipamerkan kedua-dua pasukan pada permulaan permainan, corak permainan yang lebih selamat bagi memastikan benteng pertahanan masing-masing tidak dibolosi sehingga tamat separuh masa.
Selangor melakukan perubahan dalam separuh masa kedua dengan membawa masuk Aliff Haiqal Lokman Hakim serta Norhakim Hassan ternyata berhasil apabila gandingan itu menembusi benteng pertahanan sebelum gol kemenangan disempurnakan oleh Aliff.
Selepas tamat perlawanan, Feichtenbeiner berkata, "Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain kerana beraksi dalam tekanan, mereka berjaya cemerlang dengan memastikan kemenangan. Mereka berhak untuk menikmati kemenangan ini."
Must-Watch Video