Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Penggempur Sri Pahang dituntut temui penyudah berbisa

fandi-ahmad.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, yakin kekurangan 10 peratus tuntutannya buat pasukan mampu terlerai menjelang perlawanan Piala FA dengan Penang, esok. 

Tegasnya, walaupun ketika ini Tok Gajah sudah mengumpul empat mata, namun keampuhan jentera serangannya belum di tahap terbaik merujuk kepada dua aksi terawal musim ini.

Justeru, Fandi tidak mahu kelebihan laman sendiri disia-siakan selepas hampa di tangan Kuching City bulan lalu. 

Dalam sesi latihan di Temerloh hari ini, pemain Sri Pahang tampak ceria untuk kembali ke saingan kompetitif selain kelibat pemain kebangsaan, Sergio Aguero, turut kelihatan. 

"Saya harap mereka mulai menemui sentuhan gol. Mudah-mudahan Kphan Sherman dapat menjaringkan gol pertamanya musim ini sesudah bekerja keras. 




"Kami tidak boleh berputus asa dan perlu terus bekerja keras. 

"Sepanjang jadual antarabangsa ini, kami sempat mengatur dua perlawanan persahabatan bersama pasukan kerdil bagi mengembalikan keyakinan pemain.

"Dalam perlawanan sebenar nanti, saya harap barisan penyerang mendapatkan kombinasi dan penyudah yang baik memandangkan kami mampu menguasai dan bertahan dengan baik," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video