Kalah tapi berbaloi.
Pertahanan Universiti Malaya (UM)-Damansara, Shivan Pillay, mengakui pasukannya meraih satu pengalaman berharga walaupun dibelasah 0-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan timbal balik pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.
Ini selepas bekas pemain Perak itu dan rakan sepasukan berpeluang berkongsi pentas bersama salah sebuah pasukan terbaik Asia yang dibarisi pemain berstatus bintang di salah satu venue terbaik di rantau ini.
"Ini adalah pengalaman terbaik.
"Seperti saya yang pernah bermain di sini menentang pasukan terhebat di stadium terbaik.
"Rakan sepasukan juga menimba ilmu dan berjaya mempamerkan permainan yang bagus.
"Saya sangat gembira untuk mereka," katanya di Nadi Weekend.
Ditanya mengenai perancangan kelab Liga A1 Semi-Pro itu menjelang pertemuan kedua menentang Harimau Selatan itu, pemain berusia 24 tahun tersebut tekad menyeru rakan-rakan bangkit dan mengurangkan kesilapan yang dilakukan.
"Kami juga ada memiliki peluang dan mencabar beberapa situasi.
"Kena banyak perbaiki fokus dan mahu sekurang-kurangnya mendapatkan satu gol," tambahnya.

“The best field, the best team and the best players”, peluang lawan JDT satu pengalaman berharga - Shivan Pillay.@ASTROARENA pic.twitter.com/jToWH1fRQI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 17, 2025