Pahang mengesahkan tiket ke final Piala FA selepas mengatasi Negeri Sembilan 2-1, sekaligus mara dengan kemenangan agregat 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Meskipun beraksi di laman lawan, ia tidak menyekat Tok Gajah membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan pemain pertahanan, Heo Jae-won, dalam aksi separuh akhir kedua itu.
Import Korea Selatan itu berjaya menemui hantaran sepakan percuma Syamim Yahaya sebelum melepaskan tandukan deras ke gawang yang dikawal Saiful Amar Sudar.
Gol tersebut sedikit-sebanyak menepis kritikan yang dilontarkan terhadapnya gara-gara beraksi hambar ketika tewas 3-2 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, minggu lalu.
Selang beberapa minit, Tok Gajah hampir meledak gol kedua menerusi percubaan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Bekas pemain sayap Kelantan itu bijak mengawal bola di dalam kotak penalti, namun percubaannya sekadar melewati palang gol.
Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan mula mengerah asakan dalam misi memburu gol.
Gandingan Marko Simic dan Bruno Suzuki beberapa kali menguji gawang Wan Azraei Wan Teh dengan percubaan berbahaya.
Hasilnya, skuad Jang berjaya menyumbat gol penyamaan menerusi Suzuki pada minit ke-69.
Penyerang kelahiran Castanhal, Brazil, itu menemui hantaran lambung daripada sebelah kiri padang untuk mengikat kedudukan.
Ketika anak buah Asri Ninggal leka memburu gol tambahan, Pahang mengejutkan penyokong tuan rumah dengan gol kedua perlawanan pada masa kecederaan menerusi Christie Jayaseelan.
Pemain penyerang, Mohamadou Sumareh, bijak melorongkan bola kepada Christie yang tidak dikawal sebelum pemain gantian itu melepaskan rembatan ke gawang gol.
Kedudukan 2-1 kekal hingga ke tamat perlawanan dan menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh melangkah ke final.
Tahun 2014 merupakan kali terakhir Pahang muncul juara Piala FA selepas menewaskan Felda United 2-1.
Kredit foto: Laman Facebook Pahang FA