Victor Moses diusir meninggalkan padang selepas didapati sengaja merebahkan badan ketika kekalahan 1-2 Chelsea di tangan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Selepas pasukannya, Chelsea, ketinggalan dengan gol kontroversi awal daripada Alexis Sanchez, Moses berdepan satu lawan satu dengan Alex Oxlade-Chamberlain.
Dan setelah kedua-dua pemain masuk ke dalam kotak penalti, Moses terjatuh di depan pemain sayap Arsenal itu dan pengadil, Anthony Taylor, memutuskan ia tiada sentuhan.
Oleh itu, pengadil melayangkan kad merah kepada pemain antarabangsa Nigeria itu -- yang sudah dilayangkan kad kuning kerana mengasari Danny Welbeck -- dan menjadi pemain kelima dibuang padang dalam perlawanan akhir Piala FA.
Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) pada awal bulan ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan peraturan baru untuk pemain yang merebahkan badan pada musim depan, dengan pemain boleh digantung jika didapati bersalah.
Satu panel yang terdiri daripada bekas pegawai perlawanan, bekas pengurus dan pemain yang telah bersara akan bertemu untuk mengkaji setiap kes secara bebas.