Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: MOM mahu aspek kemudahan, perkhidmatan Bukit Jalil dipastikan

bukitjalil-100517-2_1.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, menawarkan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai venue final Piala FA 2017 selepas gelanggang keramat itu berjaya menampung hampir 60,000 penyokong, semalam.

Keyakinan PSM itu makin meningkat selepas Stadium Nasional lulus ujian pertama apabila padang dan tempat duduk penonton kekal berada dalam keadaan terbaik.

Bagi rumput, ternyata strategi menggunakan teknologi penutup 'terraplas' adalah langkah tepat apabila jenis 'rumput nasional' itu dilihat tidak terjejas.

Untuk itu, PSM berhasrat agar stadium keramat itu dipilih sebagai venue final Piala FA 2017, 20 Mei ini.

Stadium Nasional akan menjalani ujian kedua apabila enam pasukan amatur akan mengadakan aksi persahabatan pada 19 Mei ini.

"Kami amat berbangga dengan kerjasama yang diberikan semua pihak, terutama pihak MRCB, yang telah menjadikan stadium ini bertaraf antarabangsa.

"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk menganjurkan perlawanan Piala FA dan semua ini tertakluk kepada keputusan kerana mereka pakar dengan situasi bola sepak," katanya.

Sebelum ini, Stadium Shah Alam diumumkan sebagai venue final Piala FA 2017.

Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta cadangan itu dinilai semula kerana masih ada kerja menaik taraf sedang dilakukan di luar Stadium Nasional.

"Jika PSM dan FAM sudah bersedia untuk menguji padang Stadium Nasional, mereka juga perlu uji perkara-perkara lain seperti kemudahan dan perkhidmatan," kata Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo.

Pemerhati sukan negara, Muhammad Rizal Hashim, juga teruja untuk melihat Bukit Jalil menjadi venue final Piala FA.

"Stadium Nasional, Bukit Jalil boleh menjadi penganjur dan tuan rumah apa-apa sahaja selain daripada acara sukan.

"Kita juga ternanti-nanti Stadium Nasional menjadi gelanggang bagi final 20 Mei nanti."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video