Tan Cheng Hoe menuntut perubahan mentaliti dalam barisan Selangor FC sekiranya ingin mencabar Johor Darul Ta'zim (JDT).
Gergasi Merah rebah 0-4 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Ia secara tidak langsung meranapkan impian Selangor untuk menjadi salah satu wakil Asia di pentas Piala AFC musim depan.
Bagaimanapun, ketua jurulatih itu memberi jaminan bahawa keadaan ini tidak sesekali bersifat kekal, malah yakin dengan setiap pengajaran yang diterima mampu meletakkan Selangor di tahap yang sepatutnya.
"Saya (sudah) beritahu (bahawa) JDT cukup kuat dalam transisi daripada bertahan ke menyerang.
"Kami tidak dapat mengawal mereka daripada menjaringkan gol.
"Sedikit kesilapan di bahagian kami dibolosi terlalu awal.
"Itu menyebabkan moral dan keyakinan kami runtuh dan itu nampak agak ketara, sebab itu kami dibolosi tiga gol dalam separuh masa pertama.
"Dua pertahanan kami kami terpaksa ditukar dalam separuh masa pertama yang sedikit sebanyak menyebabkan kami kehilangan corak permainan.
"Kami bermain dengan baik dan menyerang sebagai satu pasukan tapi saya tidak merungut tentang komitmen pemain.
"Tapi yang utama, kami memerlukan watak dan mental yang kuat untuk bersaing dengan JDT," katanya dalam sidang akhbar malam tadi.