Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Malaysia 2024: Pertembungan dua finalis dengan rekod jaringan terbanyak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penjaring-terbanyak-piala-fa-malaysia_1.jpg
Malam 24 Ogos 2024 bakal menjadi saksi pasukan manakah yang akan menoktahkan kejuaraan Piala FA Malaysia bagi tahun 2024.

Perseteruan di antara Johor Darul Ta'zim dan Selangor pastinya menjanjikan aksi yang menarik untuk disaksikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air.

Lebih menarik, pertembungan itu bukan sahaja untuk mencari pasukan yang layak menjulang Piala FA Malaysia, namun turut menjadi tumpuan buat dua pemain yang akan merebut gelaran penjaring terbanyak dalam kempen Piala FA Malaysia 2024.

Setakat ini, rekod pendahulu jaringan terbanyak kini dipegang oleh Romel Morales (JDT) dan Alvin Fortes (Selangor) dengan berkongsi 5 jaringan.
 

Jaringan Romel Morales terhasil ketika menentang Kelantan Darul Naim (1 gol), Malaysian University (3 gol), dan Kedah Darul Aman (1 gol).

Manakala bagi Alvin Fortes, beliau menjaringkan gol ketika menentang Negeri Sembilan (2 gol), Kuching City (2 gol) dan Terengganu (1 gol).

Turut tersenarai dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak Piala FA Malaysia ialah Francisco Geraldes (JDT) dan Ismaheel Akinade (Terengganu) dengan 4 jaringan, manakala Ebenezer Assifuah (Kedah), Ramon Machado (Sabah), Safuwan Baharudin (Selangor), Marin Pilj (Terengganu), dan Safawi Rasid (Terengganu) dengan rekod 3 jaringan.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

warning-logo Tiada jadual tersedia pada masa kini

Must Watch Video