Pemangku jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof, tampak tenang dalam sidang media hari ini menjelang penentuan merebut Piala FA, esok, walaupun ini adalah kali pertama buatnya membawa Lang Merah ke pentas akhir kejohanan utama.
Biarpun hanya menyambung tugas daripada Tan Cheng Hoe, Nidzam tetap menyasarkan kejuaraan Piala FA.
"Saya cuba menyambung tugas membawa pasukan daripada jurulatih sebelum ini.
"Alang-alang dah sampai sejauh ini, kami akan cuba untuk muncul juara," katanya.
Nidzam turut percaya kemaraan ke final buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun berturut-turut juga membantu pemain untuk menghadapi Pahang.
"Daripada segi permainan, pemain-pemain tidak tertekan kerana ini adalah tahun ketiga berturut-turut mereka menjejaki perlawanan akhir.
"Saya nampak pemain cuma fokus kepada perlawanan malam esok.
"Mereka selesa bermain di Stadium Shah Alam dan mereka telah menerapkan mentaliti bahawa setiap perlawanan adalah aksi final.
"Maka, mereka akan beraksi seperti biasa."