Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Kuching City tak mahu terlalu selesa di laman sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuci.jpg
"Jangan fikirkan kelebihan"

Itu antara pesanan ringkas ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala FA Malaysia menentang Terengganu malam ini.

Tiada istilah selangkah kaki di pentas separuh akhir buat The Cats, sebaliknya Aidil berpegang teguh dengan prinsip utama dalam percaturan taktikalnya, disiplin ketika bertahan jadi kunci utama pasukannya mengekalkan kelebihan.

Berbekalkan lima kemenangan dan dua kali seri sebelum perlawanan sebelum ini menjadi bukti keberkesanan sistem Aidil Sharin.

Malah, bekas pengendali Kedah Darul Aman itu sudah mempunyai bayangan awal ancaman yang bakal dihadapinya nanti.

"Kita tahu aksi kali ini tidak boleh dipandang mudah kerana semestinya mereka akan lebih agresif.





"Semestinya tidak boleh milihat pada kelebihan, kita harus berikan yang terbaik dan memerlukan sokongan agar memberikan kami lebih semangat." kata Aidil.

"Walaupun kami mendahului dengan agregat 4-1, tetapi tidak boleh pandang mudah dan ambil ringan.

'Terengganu akan berjuang tetapi kami akan mempertahankan gol dan mara ke separuh akhir." tambah penyerang Kuching City, Daniel Asri.
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video