Penyerang sensasi Kuching City, Ronald Ngah Wanja, mengakui pasukannya perlu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dalam usaha meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke Iskandar Puteri bagi aksi timbal balik separuh akhir Piala FA 30 November ini.
Sedar ianya bukan tugas mudah, tonggak kelahiran Cameroon berusia 34 tahun itu bagaimanapun percaya tiada istilah mustahil buat 'The Cats' dalam usaha mencipta sejarah melangkah ke pentas final Piala FA buat julung kalinya.
Ujar pemain yang mesra disapa Pak Ngah itu, dia dan rakan sepasukan perlu melipat gandakan usaha terutamanya apabila berdepan pasukan berkualiti seperti Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pak Ngah turut menyifatkan gandingan duo serangan utama Harimau Selatan iaitu Bergson da Silva serta Arif Aiman Md Hanapi sebagai ancaman utama buat pasukannya dan perlu dikawal rapi sepanjang 90 minit perlawanan.
Pak Ngah turut menyeru kepada semua penyokong setia bola sepak Sarawak untuk hadir ke Stadium Negeri malam ini bagi memberikan sokongan padu buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu.
Semua barangan sukan kini hanya di hujung jari anda!
Beli secara online di: https://stadiumastro.com/campaign/shop
Banyak lagi diskaun! Rebut diskaun ini sekarang!!