Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Kedah serba kekurangan bertandang ke SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syafiq-ahmad.jpg
Kedah berdepan misi mustahil untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila tanpa empat tonggak utama bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. 

Kedah ketinggalan 1-2 dalam aksi pertama separuh akhir tempohari di Stadium Darul Aman dan bakal menempuhi satu lagi perlawanan dalam usaha untuk membawa cabaran ke final. 

Malang tidak berbau, Sang Kenari berdepan tugas sukar apabila bakal tanpa empat pemain utama, Syafiq Ahmad (berstatus pinjaman), Rizal Ghazali (hamstring), Sukhrob Nurulloev (buku lali) dan Zamri Pin Ramli (lutut).
 

Ikuti aksi separuh akhir kedua Kedah bertemu JDT malam ini menerusi saluran Astro Arena 803 jap 8.15 malam ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video