Syazwan Zainon bertekad menjulang Kedah selaku juara Piala FA yang memiliki reputasi pasukan yang cenderung kepada corak permainan bola sepak moden.
Umum mengetahui peranan Syazwan di posisi asal, iaitu di bahagian sayap, dan dalam masa yang sama, mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan di bahagian pertahanan menjelang aksi bertemu Pahang, Sabtu ini.
Syazwan sudah bersedia dengan peranan pentingnya dalam memastikan corak permainan Lang Merah agar mampu memerangkap barisan Dollah Salleh di Stadium Shah Alam nanti.
"Setiap pencabar sentiasa bergelut ketika berhadapan dengan kami tetapi kami tidak boleh terlalu yakin.
"Ini kerana dalam aksi perlawanan akhir, macam-macam boleh terjadi.
"Bagi posisi saya, saya perlu bekerja keras sebanyak dua kali ganda kerana seperti yang kita ketahui, (pemain Pahang) Mohamadou Sumareh, bermain di posisi kanan.
"Jadi, saya perlu banyak membantu bahagian pertahanan," katanya.
Bagi jurulatih penjaga gol, Faozi Mukhlas, dia sempat menjelaskan corak permainan moden yang semakin sinonim dengan Kedah apabila berkata: "Serangan pertama kami bermula di bahagian penjaga gol.
"Oleh itu, adalah penting keyakinan di antara pertahanan dan penjaga gol.
"Jadi, dari situ kemahiran, keyakinan dan kombinasi amat penting."