Kedah akan turun beraksi dalam final Piala FA berdepan Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, dengan reputasi selaku pasukan yang kehilangan ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, dua minggu lalu.
Dan walaupun skuad Lang Merah juga bakal kehilangan sentuhan pemain import di bahagian pertahanan, Zachery Anderson, dan pemain tengah, Farhan Roslan, jurulatih sementara, Nidzam Adzha Yusof, mempunyai jalan penyelesaian mengenai perkembangan terbaru itu.
"Kami membuat persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan akhir Piala FA. Cuma, kami berasakan Anderson sudah tertinggal jauh dan sukar untuk mengembalikan kecergasan perlawanan.
"Itu yang agak membimbangkan kami tetapi kami masih mempunyai Syawal (Nordin) dan Khairul Helmi Johari di bahagian pertahanan. Insya-Allah kami akan mengulangi persembahan seperti ketika bertemu Terengganu (dalam peringkat separuh akhir)," katanya.
Dengan Pahang dijangka mempertaruhkan tonggak import baru, Yamil Romero, bagi mempertajamkan barisan hadapan, Nidzam enggan melihat faktor itu menjejaskan pasukan.
"Kami masih belum tahu sejauh mana kemampuannya (Romero) tetapi dengan status sebagai pemain import, maka kami akan memberikan lebih tumpuan ke atasnya.
"Kami akan cuba menguasai perlawanan terlebih dahulu berbanding hanya fokus kepada pemain tertentu."