Kedah Darul Aman (KDA) FC mahu bangkit mencari penawar duka dalam pusingan pertama Piala FA 2023 apabila bertemu pasukan jiran, Penang FC, di Stadium Darul Aman malam esok.
Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain, berkata aksi 'Derby Utara' itu sekali lagi bakal menguji Sang Kenari selepas kekalahan mengejut 0-1 kepada PDRM FC dalam perlawanan ketiga Liga Super, Sabtu lalu.
Menurutnya, KDA perlu bangkit dalam perlawanan itu biarpun sedar Penang kini sebuah pasukan yang berbeza berbanding musim lalu.
"Berdepan Penang FC, kami perlu menang dan bangkit kembali dengan penuh bersemangat. Semua pemain perlu berkeyakinan untuk bermain dan tidak mengecewakan harapan penyokong (untuk menang)," katanya ketika diminta mengulas mengenai pusingan pertama Piala FA.
Nafuzi mengakui KDA tidak boleh memandang rendah ancaman Penang kerana mereka turut dibarisi ramai pemain import yang boleh beraksi di pelbagai posisi.
Menurutnya, persediaan rapi sedang dilakukan Sang Kenari, terutama dalam membangkitkan kembali semangat pemain yang masih kecewa selepas kekalahan kepada The Cops.
"Selepas kalah (kepada PDRM FC), pemain kecewa tapi mereka tahu apa yang berlaku dan beri kesedaran kepada mereka (untuk beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya).
"Penang mempunyai ramai pemain berkualiti di semua posisi dan mampu memberikan ancaman besar kepada kami.
"Walaupun Penang bagus, persediaan pasukan kami lah yang paling penting. Kalau kami sendiri beraksi tidak baik, berjumpa dengan mana-mana pasukan pun akan sukar untuk kami menang," ujarnya lagi.
Kredit: Sinar Harian