Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: JDT menang bergaya benam UM-Damansara

jdt.jpg
Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan bergaya menewaskan pasukan UM Damansara dalam perlawanan pertama aksi pusingan 16 Piala FA sebentar tadi.

Perjalanan JDT dalam mempertahankan kejuaraan Piala FA menyaksikan skuad Harimau Selatan itu memperoleh kemenangan ke atas kelab Liga A1 Semi Pro, UM Damansara United dengan keputusan 5-0.

Gandingan Bergson dan Romel Morales menjadi taruhan JDT bagi menggempur kubu lawan manakala UM Damansara ditunjangi oleh bek tengah, Hariz Mansor.

UM Damansara dirundung malang apabila kapten pasukan, Hariz Mansor dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-37 setelah melakukan terjahan lewat ke atas Teto Martin.

Kelebihan seorang pemain digunakan dengan baik oleh JDT apabila berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-44 menerusi Jonathan Silva yang menampan hantaran Shahrul Saad.

Bersambung dalam separuh masa kedua, JDT menggandakan usaha ke arah kubu UM Damansara.

JDT berjaya menggandakan kelebihan menerusi Jonathan Silva pada minit ke-54.

Martin kemudiannya tampil dengan gol ketiga buat Harimau Selatan hasil rembatan berjaya menewaskan penjaga gol, Ameerul Eqhwan.

Sepakan penalti oleh Joao Figueiredo selain jaringan Celso Bermejo di lewat aksi melengkapkan malam gemilang buat juara bertahan Piala FA itu memperoleh bekalan lima gol.

Advertisement

Must Watch Video