Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire, bakal terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu ini susulan mengalami kecederaan.
Ini berikutan ketua jurulatih, Erik Ten Hag, mengesahkan bahawa Maguire akan diketepikan kerana mengalami kecederaan otot ketika sesi latihan awal Mei lalu dan djangkakan bakal mengambil masa selama tiga minggu sebelum pulih sepenuhnya.
"Harry tidak tersedia lagi untuk bermain, semua pemain yang anda sebutkan saya rasa tidak tersedia.
"Kami mempunyai latihan terakhir esok dan kemudian akan mempunyai keputusan yang muktamad untuk dibuat. Tetapi, seperti yang saya selia sekarang ia masih kelihatan baik.
Ditanya sama ada khidmat Maguire untuk beraksi di Euro nanti, Ten Hag berkata: "Saya tidak fikir begitu. Cuma dia tidak layak ke perlawanan akhir. Ia tidak sembuh seperti yang kami jangkakan..
"Ini semua adalah tentang trofi, kami mempunyai peluang yang besar untuk memenangi trofi. Sejak 10 tahun lalu, tidak banyak trofi buat kelab ini tetapi kami berpeluang memenangi dua trofi dalam masa dua tahun".
Saufi Tahir
Fri May 24 2024